

Spektrum Kecelaruan Autisme (Autisme Spektrum Disorder atau ASD)
Autisme berasal daripada perkataan 'autos' yang bererti diri sendiri dan 'isme' yang bererti aliran. Perkataan 'autistic' dihasilkan oleh...
May 30, 20231 min read
36
0
MUHAMMAD AKHIL BIN ZANSARI
D20211100386
NUR ALIA MAISHARA BINTI IBRAHIM
D20211098991
HAZIRAH BINTI MOHD GHANI
D20211099976
FARIDZZAH ADZMIERA BINTI ADDANAN
D20211099948
Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025, pendidikan murid berkeperluan khas dirancang mengikut kompetensi murid iaitu murid berkefungsian tinggi, sederhana dan rendah. Murid berkeperluan khas berkefungsian tinggi digalakkan untuk mengikuti pendidikan arus perdana manakala murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana dan rendah akan ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang menyediakan pendidikan berbentuk kemahiran dan kemahiran asas.
Kumpulan murid berkefungsian tinggi (high functioning) ialah murid yang boleh dan berupaya mengikuti pembelajaran mengikut sukatan kurikulum kebangsaan di kelas inklusif arus perdana (Kama, 2019). Murid berkefungsian tinggi boleh dibantu dan dididik dengan bimbingan secara berterusan supaya boleh memperkembangkan potensi individu sebaik mungkin di persekitaran pembelajaran yang inklusif.
​
Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang boleh menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira serta berupaya menerima latihan kemahiran yang disediakan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mampu belajar dengan bimbingan oleh guru pendidikan khas secara berkala (Kama, 2019).
(Low Function)
Perlu menguasai pengurusan diri.
Murid bermasalah pembelajaran yang menguasai kemahiran 3M dan berupaya menerima latihan kemahiran-kemahiran asas dalam pembelajaran.
(High Function)
Berupaya mengikuti pembelajaran mengikut sukatan kurikulum kebangsaan di kelas inklusif arus perdana.