Disleksia
- ykill8333
- May 30, 2023
- 5 min read
Updated: Jun 1, 2023
Membaca ialah satu proses mengecam, menterjemahkan bunyi, mendapatkan makna dan memahami apa yang dibaca. Terdapat beberapa golongan yang mengalami masalah sukar membaca. Pelbagai istilah yang digunakan untuk merujuk kepada golongan sukar membaca. Ahli akademik menggunakan istilah reading disabilities, reading difficulties atau reading disorder. Ahli perubatan pula menggelar mereka sebagai disleksia (dyslexia). "Dys" bermaksud payah atau susah dan 'lexia' bemaksud perkataan, membaca atau bahasa, Dengan kata lain "dyslexia" bermaksud kepayalan. dalam membaca perkataan. Istilah lain ialah "word blindness" yang diperkenalkan. oleh Dr. James Hinshelwood pada tahun 1895. Manakala, Dr. Samuel T. Orton pula menggelar "strephosymbolia" atau "twisted letter"', Helen Irlen (2005) menggunakan istilah "visual stress" dan Dickinson (2003) memanggil "phonological sensitvity deficit".
Istilah terbaik untuk menerangkan disleksia ialah kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis serta dalam keadaan tertentu juga turut melibatkan kemahiran mengira (Peer & Reid, 2001).

Etiologi
1. Punca Masalah Membaca
Sehingga kini tidak ada kesepakatan tentang punca masalah membaca yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia. Bagaimanapun, Mortimore (2008) menyatakan tiga teori utama iaitu:
a) Phonological deficit theory
Teori ini melibatkan kajian tentang bunyi pertuturan (speech sound). Kanak-kanak disleksia menghadapi masalah memproses bunyi yang dihasilkan dalam bahasa ibunda. Akibatnya, kanak-kanak in akan menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata dan kemahiran bahasa. Mereka juga kurang berkebolehan untuk membaca dan mengeja serta gagal mematuhi arahan.
b) Magnocellular deficit hypothesis
Pendapat kedua ini menyatakan punca masalah disleksia ialah kecacatan sensori pada saraf utama sel mata, di mana sel-sel in merupakan laluan antara retina dan korteks visual pada otak yang membawa maklumat tentang pergerakan atau perubahan cepat pada persekitaran kanak-kanak. Kecacatan ini menyebabkan otak menerima imej yang tidak stabil, yang akan menyebabkan masalah untuk memproses simbol atau cetakan.
c) Cerebellar deficit hypothesis
Pendapat yang ketiga berkaitan sebelum iaitu bahagian daripada otak belakang yang terletak pada bahagian pasterior medula dan pons yang berkaitan dengan koordinasi pergerakan. Kecacatan serebelum ini juga akan memberi kesan seperti pertuturan.
MASALAH PENGECAMAN AYAT KANAK-KANAK DISLEKSIA

2) Masalah Pengecaman Huruf
a) Murid disleksia menghadapi masalah mengecam huruf yang mempunyai bentuk yang hampir serupa (Pavey, Mechan & Davis, 2013; Peer & Reid,2001). Contoh huruf adalah seperti di bawah.
m dan w
y dan g
j dan y
e dan c
b) Murid disleksia juga keliru dengan arah huruf/nombor atau melihat/ menulis huruf/ nombor dalam keadaan terbalik kerana masalah "mirror image" (Pavey, Meehan & Davis, 2013; Peer & Reid, 2001).
c) Murid disleksia juga menghadapi kesukaran untuk(membezakan bunyi bagi huruf tertentu (Pavey, Mechan & Davis, 2013; Peer & Reid, 2001). Senarai huruf yang hampir sama bunyi:
b dan d
j dan g
t dan d
m dan n
S dan z
3) Masalah Membaca Menggunakan Buku Teks
a) Murid disleksia menghadapi masalah membaca menggunakan warna latar teks yang berwarna putih. Mereka sukar membaca sesetengah perkataan pada kertas putih. Teks hitam bagi mereka seperti 'bleeding' pada kertas Darwarna kontra seperti putih (Zulaikha, Husniza, Hafiza & Paridah Hanim, 2017; Norashiken & Faridah Hanim, 2014).
b) Murid disleksia mendapati membaca adalah susah dan meletihkan. Mereka merasa sangat kecewa apabila guru atau kawan mendesak saya mengeja dan menyebut sesuatu perkataan dengan cepat (Zulaikha, Husniza, Hafiza & Faridah Hanim, 2017). Guru perlu jadikan bahan pengajaran lebih menarik dan menggunakan penjelasan dengan grafik, audio, video untuk pengukuhan. Guru juga perlu beri masa kepada murid untuk mengeja dan membaca serta ulang suku kata yang sukar berkali-kali. Jangan sesekali mendesak mereka untuk membaca dengan cepat.
c) Murid disleksia mendapati buku sangat membosankan berbanding komputer yang ada kartun bergerak suara dan gambar yang menarik (Zulaikha, Hustiza, Hafiza & Faridah Hanim, 2017). Guru disarankan menggunakan bahan bantu mengajar yang menyokong pengajaran seperti perisian komputer atau permainan yang mendidik. Terdapat perisian yang boleh digunakan untuk mengajar murid menaip dengan komputer. Begitu juga untuk mengenal bunyi binatang atau mengasingkan kategori tumbuhan. Selain itu, arahan dalam buku sebaiknya dibaca semula oleh guru. Arahan atau makluman dengan suara lebih mudah difahami oleh murid disleksia.
4) Masalah Matematik Murid Disleksia
Di antara masalah pembelajaran matematik bagi kanak-kanak disleksia adalah seperti berikut:
a) Kesukaran mengenal nombor-nombor seperti mengenal nombor 6 dan 9 (Mahadzir, 2003).
b) Kesukaran menyelesaikan tugasan matematik yang melibatkan operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian nombor. Sebagai contoh, murid disleksia sukar mengingat jadual pendaraban (Nor Hasbiah, 2007).
c) Kesukaran mengenal waktu, kesukaran terhadap arah (direction) dan orientasi (orientation). Semasa pengiraan, mereka sering terlupa di mana mereka harus bermula dan arah mana mereka harus teruskan (Payne & Tuner, 1999)
d) Kekeliruan terjadi kerana dalam membaca dan menulis, mereka perlu mula menulis atau membaca dari arah sebelah kiri ke kanan. Sebaliknya,semasa melakukan pengiraan matematik, mereka perlu bermula dari kirike kanan (Payne & Tuner, 1999).
Tiga Jenis Disleksia


Diagnosis
Di Malaysia, antara ciri murid disleksia yang dikenal pasti dikategorikan mengikut (1) tahap sekolah iaitu peringkat pra sekolah dan sekolah rendah; (2) tahap fizikal yang lebih menumpu kepada pengurusan diri; dan (3) keupayaan dalam pembelajaran.
a) Peringkat Pra Sekolah • Kemajuan pertuturan yang lambat. • Susah faham/ingat arahan. • Lemah kemahiran kasar seperti membaling atau menangkap bola. • Sukar bertepuk tangan mengikut irama. • Kesukaran dengan preposisi (contoh: atas/bawah, kiri/kanan). • Tidak tentu arah. • Hiperaktif. • Cekap dengan mainan binaan. b) Peringkat Sekolah Rendah • Lemah dalam bacaan, tulisan dan ejaan. • Selalu terbalikkan perkataan, huruf dan nombor. • Keliru dengan preposisi. • Kemahiran konsentrasi. • Berbakat kreatif. • Sifat ingin tahu tinggi dan suka bertanya. • Sering berangan-angan. • Pengetahuan am baik. • Bertutur dengan baik. • Perbezaan ketara dalam pencapaian mata pelajaran. • Nampak cerdik dan pandai. c) Fizikal/Pengurusan Diri • Pakaian tidak kemas tetapi tidak kotor. • Butang baju salah dikenakan. • Tali kasut tidak diikat rapi. • Kidal. • Tidak berminat belajar. • Tumpuan singkat. • Pengamatan lemah. • Perangai/kelakuan tidak konsisten.
d) Keupayaan dalam Pembelajaran i) Bacaan: Seseorang akan menggunakan penglibatan, pengecaman, pemahaman dan reaksi untuk membaca. Dalam hal ini, murid disleksia menghadapi kesukaran untuk membuat diskriminasi fonem dan lemah dalam lisan. Akibatnya, mereka sukar memahami apa yang dibaca. ii) Keupayaan umum murid disleksia: • Tulisan amat buruk dan tidak dapat dibaca. • Murid kerap menggunakan pemadam. • Murid suka meneka semasa menulis. • Sebahagian murid pantas dalam Matematik. • Murid suka berpura-pura membaca buku secara lisan. • Murid membaca atau menulis berpandukan gambar yang dilihat. • Murid kerap membuat pembalikan perkataan: batu - tuba/gula-lagu • Murid kerap membuat pembalikan huruf. • Murid kerap membuat pembalikan kedudukan huruf atau perkalian. • Murid menambah/membuang perkataan. iii) Kunci Utama Mengenali Murid Disleksia Berikut adalah antara ciri yang boleh diambil kira untuk mengecam seseonang murid disleksia. Selalunya mereka;
· nampak cerdik, pandai, dan ceria.
· fasih bertutur atau berkomunikasi dengan sesiapa saja.
· mendengar dan menerima arahan lisan dengan baik.
· lemah dalam ejaan dan tulisan.
· pencapaian akademik berbeza dengan keupayaan intelek.
· suka bertanya tapa mengira waktu.
· bersifat ingin tahu yang terlalu tinggi.
· memerhatikan objek diminati dengan sangat teliti.
· minat pada subjek yang tidak banyak membaca.
· memperoleh pencapaian yang ketara berbeza bagi subjek
yang berbeza.
iv) Cara lain untuk mengenali murid disleksia adalah;
melalui interaksi/hubungan dengan mereka.
melalui Instrumen Semak Disleksia (ISD) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
melalui pelbagai jenis ujian piawaian.
Opmerkingen