Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
- ykill8333
- May 30, 2023
- 1 min read
Updated: Jun 1, 2023
Dasar yang dibentuk bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan vernakular agar dapat merealisasikan matlamat negara.

Menurut Taylor & Larson (1998), ADHD adalah gangguan perkembangan neoro sepanjang hayat yang memberi kesan kepaa otak dan menghasilkan pelbagai tingkah laku tidak wajar. ADHD sebahagian besarnya dianggap sebagai gangguan zaman kanak-kanak yang dicirikan oleh symptom hiperaktif, kurang tumpuan dan impulsif. Walaubagaimanapun, orang dewasa boleh juga dikenalpasti mempunyai ciri-ciri ADHD. Kini, kira-kira 5 peratus kanak-kanak dan 2.5 peratus orang dewasa mempunyai diagnosis ADHD.
PUNCA ADHD
1. Biologi / Keturunan
2. Psikologi / Kecederaan otak
3. Sosial / Persekitaran
JENIS-JENIS ADHD
1. Kekurangan perhatian
Mempunyai kesukaran untuk memberi perhatian semasa belajar atau bermain
Tidak mengikuti arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah
Mengelak untuk melakukan sesuatu tugas atau aktiviti
2. Hiperaktif
Selalu bermain-main dengan tangan atau kaki
Meninggalkan tempat duduk sebelum waktunya
Berjalan atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai
3. Impulsif
Memberi jawapan sebelum soalan selesai ditanya
Mengalami kesukaran menunggu giliran
Menyampuk atau mengganggu orang lain
Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan
Comentarios